Thursday, June 25, 2009

Terengganu ke-29 senarai negara berdaya saing di dunia

KUALA TERENGGANU: Jika Malaysia berjaya menduduki tangga ke-18 dalam senarai negara paling berdaya saing di dunia tahun ini, penilaian daya saing menggunakan asas perkiraan sama terhadap negeri ini, melayakkan Terengganu menduduki carta ke-29 daripada 57 negara di dunia.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Nik Zainiah Nik Abd Rahman, berkata kedudukan Terengganu itu didorong oleh beberapa faktor, termasuk prestasi ekonomi, kecekapan tadbir urus kerajaan, kemudahan infrastruktur mapan dan keberkesanan segmen perniagaan dalam sektor swasta.

Katanya, Terengganu kali pertama dinilai dalam kajian daya saing itu yang diperakui dan disahkan oleh Institute Of Management Development (IMD) berpangkalan di Switzerland.

"Kelebihan Terengganu yang melayakkannya berada dalam kedudukan selesa carta kajian daya saing itu antaranya disandarkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi hasil royalti minyak, produktiviti kerja tinggi dan indeks kestabilan harga barang," katanya.

Beliau berkata, Terengganu adalah negeri keenam selepas Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan serta Sabah yang membuat laporan daya saing dan kerajaan melalui MPC akan menyiapkan kajian bagi menilai daya saing semua negeri di Malaysia menjelang 2011.

________________________________________________________________

Pendapat aku....

mmg la tganu dpt KDNK tinggi sbb dpt royalti minyak....
tp tk lyak nk ckp trengganu berdaya saing......
hampesssssssssssssssssssss......

Wednesday, June 24, 2009

PAS UNTUK SEMUA

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Orang bukan Islam akan diterima sebagai ahli penuh dalam PAS apabila selesai parti Islam itu meminda perlembagaannya nanti.
Menurut sumber, sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu.Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.

Namun, kebanyakan pemimpin PAS dikatakan bersetuju agar mereka diberikan status ahli penuh.

Untuk itu, jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan oleh PAS untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan mereka menyertai parti Islam itu sedang membuat persiapan ke arah itu.

PENDAPAT AKU....

PAS...Parti Islam Semalaysia...........
kpd pemimpin PAS sekarng fkir dlu masak2 hal ini.....
tnyer dlu akar umbi sbelum wat kputusan ini........
pemimpin je stuju tp akar umbi stuju ker??????

jgn PAS kucar kacir nnt.....sume penyokong PAS lari msok PKR @umno,....

Thursday, June 11, 2009

HARAMKAN SISTER IN ISLAM........

PAS mahu tarik balik perkataan 'haramkan' SIS


PAS kawasan Shah Alam, yang mengusulkan supaya Sisters In Islam (SIS) disiasat dan diharamkan, menjelaskan bahawa terdapat kesilapan teknikal berhubung usul yang dikemukakan mereka.

Sehubungan itu, ia akan memaklum kepada PAS pusat untuk membuang perkataan "mengharamkan" dalam usul tersebut, dan menggantikannya dengan perkataan "berbincang".

abdul khalid samadYang Dipertuanya, Khalid Samad berkata pihaknya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya menghantar surat memaklumkan pembetulan itu kepada PAS.

Bagaimanapun beliau yang juga ahli lajnah politik PAS penggal lalu, tidak pasti sama ada pertukaran itu boleh dilakukan memandangkan muktamar telah meluluskan usul itu, Ahad lalu.

Ahli parlimen Shah Alam itu berkata, usul yang dihantar kepada jawatankuasa usul parti itu "bukanlah versi terakhir, tetapi yang belum dipinda".

"Usul itu datangnya daripada Dewan Muslimat kawasan. Tetapi oleh kerana kesuntukan masa dan tergesa-gesa, ia tidak dibahaskan dalam mesyuarat kawasan dan terus dihantar (kepada jawatankuasa usul pusat)," kata Khalid kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi, PAS kawasannya mengadakan mesyuarat agung tahunannya agak lewat - dua hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 25 April lalu.

Aliran liberal


Muktamar tahunan PAS ke-55 yang bersidang pada hari terakhir menerima tanpa bahas usul daripada kawasan Shah Alam itu.

Usul itu berbunyi, antaranya, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang didakwa membawa aliran Islam liberal, seterusnya mengharamkan sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam.

Usul itu bagaimanapun dikritik hebat pelbagai pihak, termasuk daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin penting dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Khalid, yang dilihat seorang pemimpin moderat beraliran profesional PAS, berkata beliau telah dihubungi Pengurus Kanan SIS Maria Chin berhubung perkara itu.

"Kami setuju, pandangan mungkin berbeza, tapi perlunya perbincangan supaya wujudnya perasaan saling memahami," katanya.

Reaksi Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengulas mengenai kecaman SIS terhadap parti Islam itu kerana mahu kerajaan mengharamkan NGO itu.

Bercakap selepas mesyuarat jawatankuasa pusat PAS di ibunegara hari ini, Beliau berkata, ahli SIS bukan ahli dalam Islam dan mereka tidak pandai bercakap dalam hal-hal agama Islam.

"Tidak wajar orang bukan nelayan bercakap mengenai nelayan. Sama seperti orang Somalia bercakap mengenai PAS," katanya.

Abdul Hadi berkata, Ahli Parlimen PAS Dr Mariah Mahmud pernah menghadiri program SIS untuk memberi pandangan dan menegur mereka tetapi mereka tidak mendengarnya.

Wednesday, June 10, 2009

AKHIRNYE TAMBANG NAIK JUGAK!!!!!!!!!!

Surcaj 30% diserap ke dalam tambang bas

SEREMBAN 9 Jun – Kadar surcaj 30 peratus yang dikenakan kepada penumpang oleh syarikat-syarikat bas ekspres sejak Hari Raya Aidilfitri lalu sedang dipertimbangkan untuk dikekalkan sebagai sebahagian daripada tambang bas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ketika ini kerajaan masih membenarkan surcaj itu selepas mendapat permohonan syarikat bas terbabit.

Menurutnya, kerajaan sedang menimbangkan supaya sebarang kenaikan tambang selepas ini mengambil kira surcaj yang dibenarkan oleh kerajaan sebelum ini supaya nilainya tidak akan membebankan rakyat.

“Kalau ada kenaikan, ia dibuat paling minimum. Kenaikan pada angka besar tidak boleh dilakukan waktu terdekat ini dan ia tidak boleh melebihi surcaj tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Teksi dan Kereta Sewa Individu peringkat negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kadar tambang bas ekspres itu, Mohamed Nazri berkata, sebagai contoh, tambang sehala bas ekspres dari Seremban ke Kuala Lumpur sebelum ini ialah RM4.70 tetapi menjadi RM6 selepas surcaj dibenarkan ketika hari raya yang lalu.

Menurutnya, sehingga kini surcaj tidak pernah dikurangkan dan masih kekal pada paras RM6 untuk laluan tersebut.

“Jika kita mahu umumkan kenaikan tambang baru selepas ini, nilainya akan seminimum yang boleh. Mungkin cuma RM6.10 atau RM6.20 (untuk Seremban-Kuala Lumpur).

“Jadi dengan contoh ini, kemungkinan ia naik 10 sen atau 20 sen,” kata beliau.

Menurut beliau, sebarang perkembangan berkaitan kenaikan tambang bas dan teksi sedang diperhalusi oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) selain mendapatkan pandangan beberapa kementerian.

“Kita sedang menunggu maklum balas beberapa kementerian berhubung perkara ini dan apabila ia selesai, kita akan bawa kepada Kabinet untuk kelulusan,” ujar beliau.

Sebelum ini Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Se-Malaysia (PMBOA) mahu kerajaan menaikkan kadar tambang bas ekoran peningkatan kos operasi termasuk kos penyelenggaraan, alat ganti dan upah pemandu, serta kenaikan harga minyak.

Kali terakhir semakan tambang dibuat pada 2005, iaitu ketika itu harga diesel 65 sen seliter.

Beri sebab jika tidak setuju 10 mata pelajaran

KUALA LUMPUR 9 Jun - Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengehadkan tidak lebih daripada 10 mata pelajaran di kalangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu mengemukakan sebab yang kukuh bagi menyokong pandangan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu adalah perlu bagi memboleh kerajaan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan pelajar.

"Kita akan teliti pandangan mereka ini dan mesti ada asas-asas yang kukuh. Mungkin ada pihak lain yang bukan meminta 12 mata pelajaran sebaliknya 11 sahaja, jadi kita ambil kira pandangan ini dan akan buat keputusan dalam tempoh tidak berapa lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Bilangan 1/2009 di Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Muhyiddin mengulas cadangan yang dikemukakan 21 kesatuan dan persatuan guru seluruh negara baru-baru ini yang mahukan had mata pelajaran yang boleh diambil calon SPM ditingkatkan kepada 12 subjek.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, cadangan kerajaan untuk mengehadkan kepada 10 mata pelajaran adalah berasaskan kepada sebab yang kukuh dan ia telah dipersetujui banyak pihak.

"Ini pandangan mereka (ditambah kepada 12 subjek), kita ada asas mengapa perlu 10 mata pelajaran.

"Walaupun kita belum buat keputusan lagi, ada ramai juga yang bersetuju dihadkan kepada 10 mata pelajaran," jelasnya.

Menurut beliau, langkah mengehadkan mata pelajaran itu bukan sahaja dibuat di Malaysia malah turut dilaksanakan di banyak negara-negara lain termasuk Singapura.

"Langkah ini bukan bermakna kita hendak menyekat kreativiti pelajar sebaliknya bagi membolehkan mereka memberi fokus kepada subjek teras yang penting.

"Kita mahu pelajar menggunakan masa yang ada untuk membina kreativiti dalam bidang-bidang kokurikulum, sukan serta aktiviti luar sekolah," katanya.

*KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA

KERAJAAN PERPADUAN

Pembangkang tetap perlu: Dr M

SHAH ALAM: Kerajaan perpaduan berasaskan satu parti pemerintah tanpa pembangkang, tidak baik untuk politik negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, Pas juga perlu memperjelaskan maksud kerajaan perpaduan bagi mengelakkan kekeliruan yang kerjasama dicadangkan itu hanya membabitkan satu kaum.

Beliau berkata, cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum jelas sama ada kerajaan perpaduan itu hanya membabitkan Pas dan Umno serta tidak pihak lain.

"Jika begitu tidak baguslah, jika mahu perpaduan tidak bolehlah antara Melayu dan Melayu saja, nanti kaum Cina akan berpakat dengan Cina pula, begitu juga kaum India.

"Ini akan menyebabkan kita makin berpecah," katanya

Dr Mahathir juga berkata, kerajaan perpaduan tidak mendapat sokongan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyebabkan Pas bergerak berseorangan ke arah melaksanakan impiannya.

Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim pula membidas sikap DAP dan PKR yang tidak setuju dengan tindakan Pas untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Rais berkata, beliau percaya Pas mempunyai pendirian sendiri dan berpendapat DAP serta PKR tidak perlu memberi nasihat kepada Pas.


Beliau berkata, negara memerlukan pembangkang bagi memberi keseimbangan terhadap pentadbiran kerajaan yang memerintah supaya ada pihak membuat teguran.

"Ini sesuatu yang tidak sihat... tanpa pembangkang adalah umpama seseorang itu tidak mempunyai cermin untuk melihat sama ada dia cantik atau tidak," katanya selepas merasmikan pelancaran dan demonstrasi produk petroleum dari sisa plastik oleh Greenbase Utama Sdn Bhd di sini, semalam.

*KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN