Thursday, June 25, 2009

Terengganu ke-29 senarai negara berdaya saing di dunia

KUALA TERENGGANU: Jika Malaysia berjaya menduduki tangga ke-18 dalam senarai negara paling berdaya saing di dunia tahun ini, penilaian daya saing menggunakan asas perkiraan sama terhadap negeri ini, melayakkan Terengganu menduduki carta ke-29 daripada 57 negara di dunia.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Nik Zainiah Nik Abd Rahman, berkata kedudukan Terengganu itu didorong oleh beberapa faktor, termasuk prestasi ekonomi, kecekapan tadbir urus kerajaan, kemudahan infrastruktur mapan dan keberkesanan segmen perniagaan dalam sektor swasta.

Katanya, Terengganu kali pertama dinilai dalam kajian daya saing itu yang diperakui dan disahkan oleh Institute Of Management Development (IMD) berpangkalan di Switzerland.

"Kelebihan Terengganu yang melayakkannya berada dalam kedudukan selesa carta kajian daya saing itu antaranya disandarkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi hasil royalti minyak, produktiviti kerja tinggi dan indeks kestabilan harga barang," katanya.

Beliau berkata, Terengganu adalah negeri keenam selepas Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan serta Sabah yang membuat laporan daya saing dan kerajaan melalui MPC akan menyiapkan kajian bagi menilai daya saing semua negeri di Malaysia menjelang 2011.

________________________________________________________________

Pendapat aku....

mmg la tganu dpt KDNK tinggi sbb dpt royalti minyak....
tp tk lyak nk ckp trengganu berdaya saing......
hampesssssssssssssssssssss......

No comments:

Post a Comment